Jan 5, 2014

Akad Nikah .


(Post Ilmiah : Isu Majlis 'Akad Nikah) Di bawah ini adalah contoh majlis 'akad nikah yang telah diubahsuai kononnya mengikut aliran moden dan sudah menjadi kebiasaan. Hal ini nampak ringan di mata mereka yang tidak mengetahui hukum majlis sebegini, kerana pada mereka sudah biasa. 





Jika dilihat secara teliti, si pengantin lelaki melakukan Ijab Wa Qabul bersama-sama bakal isterinya di sebelah tanpa si isteri itu menutup 'aurat serba serbi. Perlu diingatkan Salah satu rukun nikah ialah '2 org saksi' dan 2 orang saksi ini perlulah tidak Fasiq KETIKA MAJLIS PERNIKAHAN itu berlangsung. Jadi di dalam keadaan yang kita boleh lihat di majlis akad nikah ini, 2 orang saksi itu sedang dalam keadaan fasiq di dalam keadaan berikut
- 1) Menghadap wanita yang tidak menutup 'aurat. 
- 2) Percampuran bebas lelaki dan wanita. 
Jadi, si saksi itu sedang di dalam keadaan Fasiq (sedang dalam keadaan berdosa). Maka, syarat utk menjadi saksi yang layak, tidak ada pada dua saksi tersebut maka membawa kepada rukun nikah yang tidak sempurna yang dimana, boleh menjadikan nikah itu tidak sah.


 Hal ini tampak remeh, ustaz-ustaz,tok Qadi yang berada dalam majlis itu (dan banyak lagi majlis lain),banyak berdiam demi menjaga hati banyak pihak untuk kepentingan hubungan tanpa memfokuskan hukum sebenar Islam yang sememangnya penting dalam menentukan sesuatu yang dilakukan itu halal/sah, haram/tidak sah. 

Jikalau 'akad nikah dan lafaznya itu sama nilainya dengan lafaz 'akad yang lain, maka tidak perlulah rukun-rukun lain yang datang bersamanya. Ini menunjukkan, 'akad nikah itu penting dan perlu diikuti rukun-rukunnya demi menjadikan ia sesuatu yang 'bukan perkara biasa' dan sememangnya tidak pantas untuk dipandang remeh dan diperolokkan. 

Jauhilah dari hal-hal sebegini. Dalami lah ilmu dan beramal lah dengan apa yang dipelajari kerana Allah swt. Bukan kerana manusia. Sekadar berkongsi apa yang dipelajari di dalam aliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah mazhab Imam shafi'i. Kalau anda mazhab imam shafi'i dan ingin mentaqlid atau mengubah ke mazhab lain, untuk mengelak hukum saksi, ketahuilah anda tidak boleh bertukar mazhab begitu sahaja melainkan anda seorang mujtahid yang layak berbuat sedemikian. 

Hal sah atau tidak, Allah sahaja mengetahuinya walaupun buktinya menunjukkan ke arah tidak sah dalam mazhab imam shafie. Paling tidak pun, hukum yang pasti ialah dosa pada percampuran lelaki& perempuan yg bukan mahram di dalam majlis mulia seperti itu. Wallahu A'lam.  sekadar menyampaikan ilmu untuk dimanfaatkan

Moga kita dijauhkan daripada segala apa yang bertentangan dengan adat dan syariat Islam .Wallahu A'lam.
sumber :  SyedSalleh Alhabshi