Jan 12, 2014

Kesian Tokki aku ! Sebab rokok .

Baru-baru ni ,aku teman abang aku hantar atuk aku balik kampung .
tapi hantar kat stesen bas je laah .heee .
waktu tu ,bas tak sampai lagi ,so aku pun disuruh untuk teman Tokki .

Tokki datang sini pun sebab ada appointment dekat IJN !
Institut Jantung Negara .
That's mean ,tokki ada masalah jantung .

Dekat stesen bas tu pula ,tak ramai orang waktu tu .
3 4 orang je ,termasuk saya 5 .hehe ,nak jugak :P
lepas tu ,ade lah seorang daripada 3 4 orang tu , SMOKING .
Haiihhhh ,bau je asap tuh saya terus tengok orang tu .
Dalam Hati tuhh , memang dah maki maki ;
" Hoii ,cik Abang ,tak nampak ke ada orang tua dekat sini !
Dah lah tokki aku sakit !Hormat laah sikit ,gi merokok jauh jauh laah ! "

Pastuh aku terus tengok Tokki .Muka Tokki macam tahan je .
Dalam hati aku mula laah ;
" Tokki ok ke ? "
Waktu tu aku rasa ,nak je tarik tokki aku jauh-jauh tapi panas pulak .
Kat situ je yang teduh .haihhhh .
Kesian tokki aku. Sekali lagi aku monolog ;
" Cepat lah habiskan rokok tuh !Busuk ! "

Dekat sini ,aku just nak cakap ,
tak salah kalu nak merokok ,tapi silalah hisap balik asap asap yang korang duk hembus hembus tu .
Kalau korang nak sakit ,silakan .
Orang sekeliling korang tak bersalah dan tak nak sakit ,so respect lah orang lain :)

Mesti ada orang kata , 
" Hek elehh elehh elehh ,suka hati aku lah nak rokok kat mana-mana ,ingat ni negara bapak kau punya ! "
Memang laa ni negara bapak aku .
Najib tuh bapak aku apa ,Bapak Tranformasi aku !
:D
Nak merokok silakan ,tapi jangan libatkan orang lain .
terutamanya , BAYI dan KANAK-KANAK dan ORANG TUA dan WANITA HAMIL dan BUDAK-BUDAK dan ORANG DEWASA dan REMAJA dan SEMUA ORANG lah senang cerita .
Dalam islam pun ,para ulama dah sepakat membawa berkat yang merokok itu haram kerana memudharatkan ya kwan-kwan :)

Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji
( sumber : e-fatwa ) 

sekian :) Assalamualaikum 
Adios Amigos ,peace ;)