Mar 9, 2014

Pemimpin Sebenar

I was reading an article on facebook and i found a comment .

" Kalau tak suka sangat dengan kerajaan Malaysia, tak payah tinggal di Malaysia. "

kat sini ,bukan nak backup mana-mana pihak 
tapi kepada si penulis ,saya rasa awak pun dah tau  kan ,
mana-mana parti yang sertai pilihan raya dan menang ,automatik parti tu akan dipanggil KERAJAAN .
eventhough parti bebas menang pun ,diorang akan dipanggil KERAJAAN .
KERAJAAN tu bukan lah milik satu parti sahaja .
sesiapa pun berhak ,asalkan memenuhi syarat-syaratnya .
Kalau lah parti yang awak minat ,yang awak suka ,yang awak puja tu kalah .
dan title KERAJAAN jatuh kat parti yang awak tak suka .
Adakah awak akan tinggalkan Malaysia ??!!

Kenapa lah kena berebut ,kena bergaduh ,sedangkan ada penyelesaiannya .
wahai pemimpin-pemimpin yang berkaliber ,rujuk lah cara-cara memimpin yang baik .
cara-cara yang berlandaskan al-qur'an ,hadith dan kepimpinan rasulullah S.A.W .
turunkanlah ego kalian .
sedangkan Madinah yang terdiri daripada pelbagai agama (macam Malaysia) pun rasulullah boleh bimbing .
Dalam kalangan pelbagai agama tu pun ,tak ada pergaduhan .tak ada pertikaian agama .
sedangkan kita ,sini mencarut sana, sana menghina sini .sesama sendiri pun ada jgak .
Tak ada lah sampai kan kes kemalangan pun orang nak mepolitikkan ,and then bergaduh .
wallahua'alam .

" Alah ,itu zaman nabi boleh lah nak buat macam tu .Kita sekarang dah maju .Kalau kita ikut cara nabi ,macam mana nak maju !Lagipun dia nabi ,memang lah boleh buat macam tu ."

Bukan salah peredaran masa wahai manusia sekalian dan disebabkan dia seorang nabi ,seorang manusia lah kita boleh rujuk cara kepimpinan dia .
mungkin tak lah se-perfect kepimpinan baginda 
tapi sekurang-kurangnya ada rujukan perilaku seorang manusia yang berlandaskan al-qur'an .
macam mana rasulullah selesaikan masalah tanpa menimbulkan perang dan benci-membenci di kalangan rakyat .

"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain dariNya." (AI-A'raf: 3)